Rabiatul Adawiyah
date_range 19-09-2026 timer min Read account_circle share visibility 105 favorite 0

Rabiatul Adawiyah

Kisah Rabiatul Adawiyah al-Basriah

Ibu bapa Rabiatul Adawiyah adalah seorang yang miskin. Hinggakan di dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan.

Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak daripada jiran, tetapi beliau membuat keputusan untuk tidak meminta kepada sesiapa pun kecuali hanya kepada Allah.

Bapanya pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengari oleh orang di dalam rumah. Kemudian, dia pun pulang dengan tangan kosong.

Katanya, “Orang di dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu.”

Pada malam itu, si bapa bermimpi bahawa dia bertemu dengan Nabi SAW. Nabi berkata kepadanya:

“Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa Amir Basrah dan berikan kepadanya sepucuk surat yang bertulis:

‘Kamu hendaklah berselawat kepada Nabi 100 kali setiap malam dan 400 kali setiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan pada hari Khamis yang sudah, maka sebagai dendanya, kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini 400 dinar.’”

Bapa Rabiatul Adawiyah terus bangun dari tidur dan pergi berjumpa dengan Amir tersebut. Air mata kesyukuran mengalir di pipinya.

Amir sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau berada dalam perhatian Nabi Muhammad SAW. Amir pun memberikan sedekah kepada fakir miskin sebanyak 1,000 dinar dan dengan gembira memberikan bapa Rabiah sebanyak 400 dinar.

Amir itu meminta supaya bapa Rabiah selalu mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda kebuluran. Rabiah berpisah daripada adik-beradiknya.

Pada suatu ketika, kafilah yang beliau tumpangi telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap Rabiah untuk dijadikan barang rampasan dan dijual ke pasar sebagai hamba.

Ketika beliau dikejar oleh orang jahat, beliau cuba melarikan diri. Namun, malang tidak berbau. Kakinya tergelincir lalu beliau jatuh dan tangannya patah.

Beliau pun berdoa kepada Allah:

“Ya Allah, lepaskanlah aku daripada keadaan ini dan serahkanlah aku kepada tangan tuan yang baharu.”

 

Suatu hari, beliau pergi ke suatu tempat atas suruhan tuannya. Beliau berkata:

“Aku ini seorang yatim dan seorang abdi. Sekarang tanganku pula patah. Tetapi aku tidak mempedulikan segala itu, asalkan Engkau reda kepadaku. Namun, nyatakanlah keredaan-Mu itu kepadaku.”

Kala itu, terdengarlah suatu suara:

“Tidak mengapa semua penderitaanmu itu. Pada hari akhirat kelak, kamu akan berada di peringkat yang tinggi sehingga para malaikat pun kehairanan melihatmu.”

Kemudian, beliau pergi semula kepada tuannya.

Selepas peristiwa itu, setiap malam beliau menghabiskan masa dengan beribadah kepada Allah. Selepas melakukan kerja-kerjanya, beliau berpuasa setiap hari.

Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabiah di tengah malam yang berdoa kepada Allah:

“Ya Tuhanku, Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintah-Mu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa. Wahai cahaya mataku, jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadat kepada-Mu. Tetapi apa yang boleh aku buat kerana Engkau jadikan aku hamba kepada manusia?”

Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-awangan dalam bilik Rabiah, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya.

Sebentar itu juga, tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. Sebaliknya, tuannya itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabiah.

Besok harinya, Rabiah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahu tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu. Rabiah bolehlah menjadi tuan rumah ataupun, jika ia tidak sudi, bolehlah ia meninggalkan rumah itu.

Rabiah berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya pun bersetuju. Rabiah pun pergi dari situ.

Suatu ketika yang berlainan, semasa Rabiah menuju ke Kaabah dan sedang melalui hutan, dilihatnya Kaabah datang mempelawanya.

Beliau berkata, “Apa aku buat dengan Kaabah ini? Aku hendak bertemu dengan Tuhan Kaabah itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman, iaitu orang yang selangkah menuju kepada-Nya, maka Dia akan menuju kepada orang itu dengan tujuh langkah? Aku tidak mahu hanya melihat Kaabah, tetapi aku mahu Allah.”

Suatu hari semasa Rabiah pergi naik haji ke mekah di bawahnya barang-barangan atas seekor keldai yang telah tua itu mati di tengah jalan, rakan-rakan yang bersetuju hendak membawa barang-barangnya, tetapi beliau engggan kerana katanya dia naik haji bukan di bawah perlindungan sesiapa hanya perlindungan Allah SWT. Dia pun tinggal seorang diri di situ Rabiah terus berdoa tuhan sekalian alam aku ini keseorangan lemah dan tidak berdaya Engkau juga yang menyuruh ku pergi mengunjungi kaabah sekarang engkau matikan keldai aku membiarkan aku keseorangan di tengah jalan, dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula diletaknya barang-barangan di atas keldai itu dan terus menuju mekah bila hampir ke kaabah belum pun duduk dan berdoa aku ini hanya segala aku ini hanya sekepal tanah kaabah itu rumah yang kuat maksudku ialah engkau temui aku dengan sebarang perantaraan terdengar suara berkata rabiah patutkah aku tunggang balikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam nama-mu takdir akah kamu tahu nabi Musa pun ada hendak melihatKu Aku sirnakan cahaya ku sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan gunung sina runtuh menjadi tanah hitam

Pada masa itu juga, Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan menuju ke Kaabah. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanan itu. Oleh itu, beliau mengambil masa 14 tahun untuk sampai ke Kaabah.

Apabila sampai, didapatinya Kaabah tidak ada. Beliau berasa sangat hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata:

“Kaabah itu telah pergi melawat Rabiah.”

Kaabah itu telah kembali ke tempatnya, dan Rabiah sedang menopang badannya yang tua itu dengan tongkatnya.

Maka, Ibrahim pun pergi bertemu dengan Rabiah dan berkata:

“Rabiah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang ganjil itu membuat huru-hara dunia ini?”

Rabiah menjawab:

“Saya tidak membuat apa-apa pun. Tetapi kamu, dengan sikap riak untuk mendapat publisiti, pergi ke Kaabah mengambil masa 14 tahun.”

Ibrahim mengaku bahawa dia mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanannya.

Rabiah berkata:

“Kamu mengisi perjalananmu itu dengan sembahyang, tetapi aku mengisi perjalananku dengan perasaan tawaduk dan khusyuk.”

Namun, kemudian, sekali lagi Rabiah pergi ke Kaabah dan berdoa:

“Ya Tuhan, perlihatkanlah diri-Mu kepadaku.”

Beliau pun berguling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara:

“Rabiah, hati-hatilah. Jika Aku perlihatkan diri-Ku kepadamu, kamu akan menjadi abu.”

Rabiah menjawab:

“Berdayakah aku memandang keagungan dan kebesaran-Mu? Kurniakanlah kepadaku kefakiran, yakni zuhud yang mulia di sisi-Mu.”

Terdengar lagi suara berkata:

“Kamu tidak sesuai dengan kemuliaan seperti itu. Kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan dirinya. Mereka semasa hidup mereka kerana keagungan antara mereka dan Aku tidak ada renggang walau sebesar rambut pun. Orang-orang demikian sangat hampir kepada-Ku. Kemudian Aku jauhkan mereka apabila mereka berusaha untuk mencapai-Ku.

Rabiah, antara kamu dan Aku ada lagi tujuh puluh hijab atau tirai. Hijab ini mestilah dibuang dahulu. Kemudian, dengan hati yang suci, berhadaplah kepada-Ku sahaja. Kamu meminta pangkat fakir daripada-Ku.”

Kemudian, suara itu menyuruh Rabiah melihat ke hadapan.

Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa. Di awan-awan, ternampak lautan darah yang berombak kencang.

Terdengar suara lagi:

“Rabiah, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang mencintai Kami dan tidak mahu berpisah daripada Kami. Meskipun mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan Kami dan tidak pula meminta sesuatu daripada Kami.

Langkah permulaan dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka berusaha memencilkan diri dari dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka tidak mahu publisiti dalam dunia ini.”

Mendengar itu, Rabiah berkata:

“Tuhanku, biarkan aku tinggal di Kaabah.”

Izin itu pun tidak diberikan kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan bersembahyang serta memencilkan diri daripada orang ramai.

 

Suatu hari, sedang duduk di rumahnya, Rabiah menunggu ketibaan seorang darwis untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan darwis itu.

Rabiah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di hadapan darwis tersebut. Darwis itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk Rabiah.

Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabiah sambil menyatakan bahawa tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabiah.

Rabiah bertanya, “Berapa ketul roti yang dibawanya itu?”

Perempuan itu menjawab, “18.”

Rabiah tidak mahu menerima roti itu dan menyuruh perempuan tersebut mengembalikannya kepada tuannya.

Perempuan itu pergi dan kemudian datang semula. Rabiah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada 20 ketul roti yang dibawanya.

Darwis itu bertanya, “Kenapa Rabiah enggan menerima kemudian menerima pula?”

Rabiah menjawab:

“Allah berfirman, iaitu orang yang memberi dengan nama Allah, maka Dia akan memberi ganjaran sepuluh kali ganda kepadanya. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan Allah itu dilaksanakan.”

Suatu hari, Rabiah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat bahawa beliau tidak mempunyai sayur. Tiba-tiba, jatuh bawang dari bumbung. Sifatnya barang itu sambil berkata:

“Syaitan, pergi jahanam dengan tipu helahmu! Adakah Allah mempunyai kedai bawang?”

Rabiah berkata:

“Pernahkah aku meminta daripada sesiapa kecuali daripada Allah? Dan aku tidak terima sesuatu melainkan daripada Allah.”

Pada suatu hari, Al-Hasan Al-Basri melihat Rabiah dikelilingi oleh binatang liar yang memandang dengan penuh kasih sayang. Al-Hasan Al-Basri pergi menujuinya.

Binatang-binatang itu pun lari.

Al-Hasan bertanya, “Kenapa binatang itu lari?”

Sebagai jawapan, Rabiah bertanya, “Apa yang kamu makan hari ini?”

Hasan menjawab, “Daging.”

Rabiah berkata:

“Oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari. Aku hanya memakan roti kering.”

Suatu hari, Rabiah pergi berjumpa Al-Hasan Al-Basri. Beliau sedang menangis teresak-esak kerana bercerai daripada Allah, yakni lupa kepada Allah. Oleh kerana hebatnya tangisan beliau itu, hingga air matanya mengalir di longkang rumahnya.

Melihatkan itu, Rabiah berkata:

“Janganlah tunjukkan perasaan sedemikian ini supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam di dalamnya. Kalau demikian, kamu tidak akan mendapat...”

 

Dengan penuh keinginan untuk mendapat publisiti, suatu hari, Hasan sedang melihat Rabiah dalam satu perhimpunan aulia Allah. Beliau terus pergi bertemu dengan Rabiah dan berkata:

“Rabiah, marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air tasik sana dan berbincang-bincang hal kerohanian di sana.”

Beliau berkata demikian dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain, bahawa dia dapat menguasai air, sedangkan Nabi Isa boleh berjalan di atas air.

“Hasan, perkara ini sia-sia,” kata Rabiah. “Jika kamu hendak benar-benar memisahkan diri daripada perhimpunan aulia Allah, maka kenapa kita tidak terbang terus dan berbincang di udara?”

Pesona Ratu Sufi Rabiah Al-Adawiyah Halaman 1 - Kompasiana.com

Rabiah berkata begitu kerana beliau ada kuasa berbuat demikian, tetapi Hasan tidak berkuasa seperti itu.

Hasan meminta maaf.

Rabiah berkata:

“Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat, dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah sesuatu yang lebih daripada perkara yang luar biasa itu. Carilah ia dalam ketaatan dan sopan santun terhadap Allah.”

Hasan memohon kepada Rabiah agar berkahwin dengannya. Beliau menjawab:

“Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya, tetapi aku bukan menguasai ibadat dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhanku. Mintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku.”

Hasan Al-Basri bertanya kepada Rabiah bagaimana beliau mencapai darjat rohaniah yang tinggi itu.

Rabiah menjawab:

“Aku hilang, yakni fana dalam mengenal Allah.”

Ditanya, “Dari mana kamu datang?”

Rabiah menjawab:

“Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah.”

Pernah suatu ketika, Rabiah bermimpi bertemu dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingati Baginda sebagai sahabat.

Rabiah menjawab:

“Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku, cinta kepada Allah telah memenuhi seluruh hidupku, hinggakan tidak ada ruang untuk mencintai sesiapa pun selain-Nya.”

Sehinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepada Nabi ataupun benci kepada syaitan.

Orang itu bertanya kepada Rabiah:

“Adakah kamu melihat Tuhan yang hanya kamu sembah itu?”

Rabiah menjawab:

“Jika aku tidak melihat Dia, aku tidak akan menyembah-Nya.”

 

Ziarah ke maqam Rabiatul Adawiyah yang terletak berdekatan makam Sayyidina  'Uqabah Bin 'Amir r.a. Berdasarkan catatan sejarah yang lebih sahih, lokasi makam  Rabiatul Adawiyah yang paling kuat adalah di Basrah, Iraq. Ulama

Rabi‘ah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya, “Sebab apa beliau menangis?”

Rabi‘ah menjawab:

“Aku takut berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan. Aku tidak boleh hidup tanpa-Nya. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku kala menghembuskan nafas terakhir, ‘Jauhkan dia daripada-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.’”

Allah suka kepada hamba-Nya yang bersyukur apabila dia berusaha, sebagaimana Allah suka kepada hamba-Nya yang bersyukur tatkala menerima kurniaan-Nya. Iaitu, dia menyedari bahawa dia tidak sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah.

Ada yang bertanya kepada Rabi‘ah, “Adakah Allah menerima taubat orang yang melakukan dosa-dosa?”

Rabi‘ah menjawab:

“Itu hanya apabila Allah mengurniakan kuasa-Nya, iaitu taufik, kepada pembuat dosa itu sehingga dia dapat mengakui dosanya dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya atas dosa yang telah dilakukannya.”

Soleh al-Zawini selalu mengajar murid-muridnya:

“Siapa yang selalu mengetuk pintu rumah seseorang, akhirnya pada suatu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya.”

Pada suatu hari, Rabi‘ah mendengar beliau bercakap demikian.

Seorang hamba Allah berteriak, “Aduh, sakitnya!”

Rabi‘ah bertemu dengan orang itu dan berkata, “Bukankah sakit itu sesuatu yang baik?”

Orang itu bertanya, “Kenapa beliau berkata begitu?”

Rabi‘ah menjawab:

“Kerana sakit itu adalah satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Allahu Akbar! Mereka berasa seronok menanggung sakit itu.”

Pada suatu hari, Rabi‘ah sedang melihat seseorang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya, “Kenapa kepalamu dibalut?”

Orang itu menjawab, “Saya sakit kepala.”

Rabi‘ah bertanya lagi, “Berapa umurmu?”

Jawab orang itu, “30 tahun.”

Rabi‘ah bertanya lagi, “Hingga hari ini, bagaimanakah keadaanmu?”

Kata orang itu, “Sihat sahaja.”

Rabi‘ah lalu berkata:

“Selama 30 tahun Allah telah memberikan kesihatan kepadamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, agar manusia bertanya, ‘Kenapa kamu gembira sekali?’ Setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah.

Sebaliknya, setelah mendapat sedikit sakit, kamu membalut kepalamu dan pergi ke sana sini menunjukkan kesakitanmu, seolah-olah ingin menunjukkan kekasaran Tuhan terhadapmu.

Betapa kamu berlaku sehina itu

Suatu hari, khadamnya berkata:

“Wahai Rabi‘ah, marilah keluar dan mari kita melihat keindahan kejadian Tuhan pada musim bunga ini.”

Rabi‘ah menjawab:

“Lebih baik aku tinggal di dalam rumah seorang diri dan melihat Yang Menjadikan, daripada aku melihat kejadian-Nya.”

Pada suatu hari, seseorang bertanya kepada Rabi‘ah, “Kenapa beliau tidak menyimpan pisau di dalam rumah?”

Rabi‘ah menjawab:

“Memotong itu adalah kerja pisau. Aku takut pisau itu akan memotong pertalian aku dengan Allah yang kucintai.”

Pada suatu masa, Rabi‘ah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir, beliau berasa sedikit lapar. Datang seorang hamba Allah membawa minuman yang manis di dalam sebuah cawan.

Rabi‘ah mengambil minuman itu lalu meletakkannya di atas lantai, di satu penjuru rumahnya. Beliau pun pergi hendak memasang lampu.

Seekor kucing lalu menumpahkan minuman di dalam cawan itu.

Melihatkan perkara tersebut, terfikirlah Rabi‘ah untuk minum air sahaja. Pada malam itu, tatkala beliau hendak mencari bekas air, tiba-tiba lampu pula terpadam. Bekas air itu jatuh dan pecah, lalu airnya bertaburan di atas lantai.

Rabi‘ah mengeluh sambil be

 

Rabi‘ah mengeluh sambil berkata:

“Tuhanku, kenapa Kau lakukan begini kepadaku?”

Terdengar suara berkata:

“Wahai Rabi‘ah, jika kamu hendakkan kurnia dunia, Aku boleh berikan kepadamu. Tetapi Aku akan menarik balik daripadamu kesakitan dan ujian yang Aku berikan kepadamu.

Kesenangan dunia dan kecintaan kepada-Ku tidak boleh duduk bersama-sama dalam satu hati.

Rabi‘ah, kamu hendak satu perkara dan Aku hendak satu perkara yang lain. Dua kehendak yang berlainan tidak boleh duduk bersama dalam satu hati.”

Dengan serta-merta, beliau pun membuang segala kehendak terhadap keperluan hidup dunia ini.

Orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara dunia ini, apabila nyawa hendak bercerai daripada badan, sentiasa mengingati Allah.

Setiap pagi, beliau berdoa:

“Tuhanku, penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingati-Mu, agar orang lain tidak mengajakku dengan pekerjaan-pekerjaan lain.”

Ada yang bertanya kepadanya, “Kenapa kamu sentiasa menangis?”

Beliau menjawab:

“Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan.”

Pada suatu ketika, beliau memakai pakaian yang koyak dan kotor. Beliau ditanya lagi:

“Kamu ada kawan yang kaya. Mengapa tidak meminta daripadanya pakaian yang baharu?”

Rabi‘ah menjawab:

“Aku berasa malu meminta perkara dunia daripada sesiapa pun, kerana perkara-perkara itu bukan milik mereka. Sesungguhnya, semuanya adalah amanah Allah kepada mereka, dan Allah jualah yang memiliki segala-galanya.”

 

Orang berkata kepada Rabi‘ah:

“Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian kepada lelaki dan tidak pernah diberikan kepada perempuan. Tentunya kamu tidak dapat mencapai pangkat kenabian yang tinggi itu. Oleh itu, apakah faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?”

Rabi‘ah menjawab:

“Apa yang kamu katakan itu benar. Tetapi cubalah katakan kepadaku, siapakah lelaki yang telah mencapai taraf kehampiran dengan Allah lalu berkata, ‘Akulah yang Hak’?

Di samping itu, tidak ada orang yang mengatakan bahawa sifat kehampiran dengan Allah itu hanya didapati dalam kalangan lelaki sahaja.”

Rabi‘ah berkata:

“Seorang perempuan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah adalah seorang yang mulia di sisi-Nya, bukan kerana dia lelaki atau perempuan.”


Rabi‘ah Jatuh Sakit

Pada suatu hari, Rabi‘ah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya:

“Apakah sebabnya kamu sakit?”

Beliau berkata:

“Hatiku cenderung hendak mencapai syurga satu hari kelak. Kerana itu, aku merasakan sakit ini sebagai satu teguran sementara daripada Allah.”


Hassan al-Basri Memberi Hadiah

Hassan al-Basri datang berjumpa Rabi‘ah yang sedang sakit di rumahnya.

Pada ketika itu, Hassan al-Basri membawa sebuah beg yang mengandungi wang. Beliau menangis. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, beliau menjawab:

“Aku hendak menghadiahkan wang ini kepada Rabi‘ah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya. Itulah sebabnya aku menangis.

Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta dia menerima hadiahku ini?”

Hassan pun pergi membawa wang itu kepada Rabi‘ah dan meminta beliau menerimanya.

Namun, Rabi‘ah berkata:

“Oleh kerana aku telah mengenal Allah, aku tidak lagi mahu banyak bergaul dengan manusia, tidak menerima hadiah daripada mereka dan juga tidak mahu memberi apa-apa kepada mereka.

Di samping itu, aku juga tidak tahu sama ada wang itu diperoleh dengan cara yang halal atau haram.”

 

Sufyan al-Thauri berkata kepada Rabi‘ah:

“Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah agar menyembuhkan kamu?”

Rabi‘ah menjawab:

“Kenapa aku hendak merungut? Bukankah sakit itu hadiah Allah bagiku? Bukankah tidak salah jika aku tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”


Malik bin Dinar Mengunjungi Rabi‘ah

Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi‘ah. Pada suatu hari, dilihatnya di dalam rumah Rabi‘ah hanya terdapat sebuah bekas yang pecah untuk menyimpan air minuman dan mengambil wuduk, sebuah batu sebagai bantal, serta tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur.

Malik berkata:

“Jika kamu izinkan, bolehkah aku menyuruh seorang kawanku yang kaya memberi kamu semua keperluan harian?”

Rabi‘ah menjawab:

“Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, manakala Tuhan yang lain pula menanggung kawanmu itu? Adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan mengingati kawanmu itu kerana dia kaya?

Sebenarnya, Allah tidak lupa kepada sesiapa pun. Kita tidak perlu mengingatkan Tuhan. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.

Dialah yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu.”


Cinta kepada Allah

Rabi‘ah berkata:

“Orang yang cinta kepada Allah itu ghaib dalam melihat Allah, hingga tiada kesedaran terhadap yang lain. Lenyaplah dia daripada dirinya sendiri sehingga dia tidak dapat membezakan mana sakit dan mana senang.”


Rabi‘ah Menegur Tentang Dunia

Seorang wali Allah datang dan merungut tentang dunia.

Rabi‘ah berkata:

“Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia. Kerana orang yang banyak bercakap tentang sesuatu perkara, tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut.”


Rabi‘ah dan Sufyan al-Thauri

Pada suatu hari, Sufyan al-Thauri pergi berjumpa Rabi‘ah. Rabi‘ah menghabiskan malam itu dengan bersembahyang.

Apabila tiba waktu pagi, beliau berkata:

“Pujian bagi Allah yang telah memberkati kita sehingga dapat bersembahyang sepanjang malam. Sebagai tanda kesyukuran, marilah kita berpuasa pula sepanjang hari ini.”

Rabi‘ah selalu berdoa demikian:

“Tuhanku, apa sahaja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku.

Apa sahaja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman.

Kerana aku hanya hendakkan Engkau, kerana Engkau sahaja. Biarlah aku tidak mendapat syurga atau neraka. Aku hanya hendakkan pandangan-Mu kepadaku.”


Rabi‘ah Menegur Sufyan al-Thauri

Sufyan al-Thauri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap dengan Rabi‘ah tentang ibadat kepada Allah.

Pada waktu pagi, Sufyan al-Thauri berkata:

“Kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya.”

Rabi‘ah berkata:

“Tidak. Bahkan kita telah menghabiskan masa dengan sia-sia.

Sepanjang percakapan itu, kamu bercakap tentang perkara-perkara yang memuaskan hatimu sahaja, dan aku pula memikirkan perkara-perkara yang kamu suka. Oleh itu, masa itu kita buang tanpa mengenang Allah.

Adalah lebih baik jika aku duduk seorang diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenal Allah.”

Rabi‘ah berkata:

“Doaku kepada-Mu ialah: sepanjang hayatku, berilah aku kemampuan untuk mengingati-Mu, dan apabila aku mati kelak, berilah aku kemampuan untuk memandang-Mu.”

Tamat kisah Rabi‘ah, halaman 36.

Pautan Kisah Lain

Zunnun Al Misri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/zun-nun-al-misri

Bisyur Al Hafi - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-bisyir-al-hafi

Ibrahim Adham - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-ibrahim-adham

Fudhail Iyadh- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-wali-fudhail-bin-iyadh

Rabiatul Adawiyah- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/rabiatul-adawiyah

Muhammad Ibnu Wasi'- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/muhammad-ibnu-wasi-

Malik bin DInar - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/malik-bin-dinar

Hasan Al Basri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/hasan-al-basri

Abu Jakfar As Sidik- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/abu-jakfar-as-sodik

Artikel Berkaitan
Appsheet A
date_range 01-08-2026 timer 8 min Read

Appsheet Amalan Baik

Buku Sifu
date_range 01-08-2026 timer 5 min Read

Buku Sifu : Rahsia Disebalik Cap Jari

Cara Downl
date_range 06-09-2026 timer 5 min Read

Cara Download Data Idme

Dapatkan artikel terkini dan tawaran ebook eksklusif dengan menyertai komuniti Sifu Motivasi