Kisah Wali Fudhail Bin Iyadh
date_range 21-09-2026 timer min Read account_circle share visibility 29 favorite 0

Kisah Wali Fudhail Bin Iyadh

Kisah Fudail dan Harun Ar-Rashid: Harun Ar-Rashid cuba hendak membayar hutang yang ditanggung oleh beliau sekiranya ada hutang. Maka Fudail menjawab, "Aku hanya berhutang kepada Allah. Penyembahanku kepada-Nya tidak secukup apa yang dikurniakan-Nya kepadaku. Di samping itu, Allah memberi kurnia kepadaku hingga aku tidak perlu berhutang kepada sesiapa."

Fudail enggan menjumpai sebahagian daripada saudara-maranya. Katanya, "Tidakkah kamu ada kerja yang lebih baik lagi daripada melawat aku ini? Lawatan itu membuang masa kamu dan masa aku sahaja."
 

Fadhil berkata:

1. Pada hari kiamat, banyak orang kaya akan terbelenggu dan pemegang-pemegang jawatan dunia ini akan mengalami kesusahan kerana mereka akan dibicarakan tentang perbuatan mereka. Oleh itu, bersedialah menjawab soalan terhadap perbuatan kamu pada hari itu.

2. Itulah kasihnya Allah. Orang-orang yang berdosa itu tidak dibalas oleh Allah sekarang, tetapi ditangguhkan pembalasannya.

3. Orang yang dikasihi Allah itu ditimpakan kesusahan, dan orang yang merdeka itu dikurniakan kesenangan.

4. Sebagaimana tidak mungkin menangis di syurga, maka begitulah pula tidak mungkin ketawa di dunia ini. Syurga itu bukan tempat menangis dan dunia ini bukan tempat ketawa.

5. Allah berkata: “Apabila hamba-Ku mengingati Aku, Aku akan mengingatinya. Bila dia lupa kepada-Ku, Aku akan melupakannya.”

Selama 30 tahun, aku tidak pernah tersenyum. Aku ingin jatuh sakit agar dapat aku bersama Allah dan terlepas daripada sembahyang berjemaah.

Kisah Fadhil dan Anaknya

Pada suatu hari, Fadhil yang sedang mendukung anaknya di ribanya bertanya kepada anaknya:

“Anakku, adakah kamu cinta kepada Allah juga?”

“Ya,” kata Fadhil.

Kemudian anak itu berkata:

“Bapa, dua cinta tidak boleh terletak dalam satu hati.”

Fadhil menganggap peringatan itu sebenarnya datang daripada Allah. Beliau pun mengangkat anak itu dari ribanya dan selepas itu tidak mahu lagi mencintai anaknya. Beliau menghabiskan masanya dengan beribadah kepada Allah.

Cerita yang ke-10

 

Pautan Kisah Lain

Zunnun Al Misri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/zun-nun-al-misri

Bisyur Al Hafi - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-bisyir-al-hafi

Ibrahim Adham - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-ibrahim-adham

Fudhail Iyadh- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-wali-fudhail-bin-iyadh

Rabiatul Adawiyah- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/rabiatul-adawiyah

Muhammad Ibnu Wasi'- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/muhammad-ibnu-wasi-

Malik bin DInar - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/malik-bin-dinar

Hasan Al Basri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/hasan-al-basri

Abu Jakfar As Sidik- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/abu-jakfar-as-sodik

Artikel Berkaitan
Appsheet A
date_range 01-08-2026 timer 8 min Read

Appsheet Amalan Baik

Buku Sifu
date_range 01-08-2026 timer 5 min Read

Buku Sifu : Rahsia Disebalik Cap Jari

Cara Downl
date_range 06-09-2026 timer 5 min Read

Cara Download Data Idme

Dapatkan artikel terkini dan tawaran ebook eksklusif dengan menyertai komuniti Sifu Motivasi