Hasan AL Basri
date_range 17-09-2026 timer min Read account_circle share visibility 39 favorite 0

Hasan AL Basri

Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jau hari peniaga intan berlian. Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rum di Asia Minor kerana berniaga dan pergi berjumpa menteri sultan Menteri itu berkata kepada beliau, anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi karena aku pada masa ini ingin menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya.

Jika anda mahu, anda bolehlah bersama saya. Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas. Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat yang dikawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu, dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu dan kemudian pergi. Setelah itu, tiba pula orang-orang tua yang kehormatan masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar kemudian datang pula golongan pakar perubatan

Kemudian giliran dua ratus orang gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya Sultan dengan menterinya baginda masuk ke dalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengilingi khemah itu dan terus pergi.
 

Hassan al Basri hairan melihat peristiwa itu beliau bertanya kepada menteri yang menemalinya itu menteri tersebut sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia di sini anak itu dikuburkan di tempat khemah itu terdiri tiap2 tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada yang dikuburkan di situ iaitu anak raja itu

"jikalau dengan senjata kami dapat kami menyelamatkan kamu dari tuhan kematian maka akan kami korbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu tetapi apakah daya kami tidak berupaya"


Kemudian datang pula pihak cendekia kawan yang berkata jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati tentu kami akan berusaha tetapi apakah daya kami tidak berupaya datang pula pihak tobib berkata jika ubat-ubat kami dapat menyelamatkan kamu dari mati tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu tetapi apakah daya kami tidak berupaya kemudian pihak gadis-gadis yang cantik itu pula berkata

"Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati nescaya kami korbankan apa sahaja untuk kamu tetapi apakan daya kami tidak berupaya"

Selepas itu datang pula sultan di temani oleh menteri-menterinya dan berkata anakku kami berusaha sedaya upaya dengan kekuatan tentera tapi tabib dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati namun takdir tuhan itu tetap berlaku jua

Untuk menyelamatkan kamu dari mati namun takdir tuhan itu tetap berlaku jua selamatlah kamu tinggal di sini dan kami akan datang lagi tahun hadapan pada masa ini juga peristiwa ini sangat mengharukan fikiran hassan lalu ia mengubah sikapnya menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati beliau kembali ke basrah perniagaannya ditinggalkannya beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya 70 tahun lamanya beliau tidak berhenti-henti beribadat kepada Allah dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaitu allah dia tidak peduli apa sahaja selain Allah.

Apabila Rabiatul Adawiyah Basriyah (tahun 83 masihi) tidak datang menghadiri syarahan Hassan ia tidak akan memberi syarahan hari itu orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian jawapannya "syurbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat dimuatkan dalam bekas untuk semut " Semasa beliau bersyarah dalam keadaan sakar (mabuk terhadap Allah) beliau berterima kasih kerana berkatmu membawaku ke dalam mabuk cinta kepada Allah.

Beliau pernah ditanya apakah Islam dan siapakah orang islam hasan menjawab Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur (kerana telah selamat dari berbuat dosa)

Kata-kata hassan

1. Janganlah engkau tinggalkan amalan agamamu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu mereka itu mengganggu Allah

2. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur

Hassan menulis dosa-dosa yang dilakukannya pada pakaiannya semenjak dahulu lagi beliau selalu melihat tulisan tersebut kadang-kadang beliau menangis hinggakan jatuh pengsan apabila melihat dosa yang letih lakukannya itu satu ketika Hasan berserta dengan beberapa orang lain sedang pergi ke kaabah tengah jalan mereka sampai ke satu perigi mereka semuanya dahaga tapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu Hasan pun berkata

"saya hendak sembahyang semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik ke atas tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga"

perkara itu benar-benar berlaku tetapi seorang daripada mereka itu setelah minum sepuas-puasnya telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan air itu pun dengan tidak semena-mena turun ke bawah semula apabila beliau bertanya tentang peristiwa ganjil itu hasan menjawab itu adalah kerana kurangnya imanmu untuk bertawakal bulat-bulat kepada Allah.

Hassan merendahkan dirinya hingga dianggapkannya itu lebih hina dari segala yang lain, satu hari di tebing sungai Dajlah nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada di hadapan orang itu terlintas dalam fikirannya alangkah jahatnya orang itu alangkah baiknya jika ia seperti aku, tatkala itu datang sebuah perahu yang tidak jauh dari orang itu perahu itu beransur-unsur tenggelam ada tujuh orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas orang itu pun segera melompat ke dalam sungai itu dan menyelamatkan enam orang dari tujuh orang itu dari mati lemas kemudian orang itu berpaling kepada Hassan dan berkata

"jika kamu lebih mulia dari saya maka dengan nama allah selamatkanlah orang yang seseorang lagi itu hanya selamatkan seorang tetapi aku selamatkan 6 orang"

tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang itu orang itu berkata kepada hasan tuan orang perempuan di sisi saya itu ialah ibu saya dan botol itu mengandungi air sahaja peristiwa ini adalah untuk menguji tuan sahaja


Mendengarkan itu Hassan jatuh terduduk lalu berkata seperti tuan telah menyelamatkan enam orang maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan orang itu menjawab moga-moga allah kabulkan kehendakmu hassan terasa yang terhendaknya telah terkabul semenjak itu beliau sangat merendahkan diri apabila melihat seekor anjing beliau berkata ya allah demi anjing yang baik ini terimalah aku sebagai hamba-mu

Hassan berkata bahawa empat peristiwa di bawah memberinya pengajaran besar dalam hidupnya

1. Satu ketika saya tarik pakaian seorang kasi (orang puntung) kerana berseloroh orang itu berkata kembalikanlah pakaian itu kerana tidak ada orang yang tahu keadaanku dengan sebenarnya tiba-tiba terlintas di fikiranku bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak jika kita ditelanjangkan dan semua dosa kita ini diperlihatkan

2. Satu hari Hassan bertemu orang Mabuk sedang menggelupur dalam lumpur saya katakan kepadanya hendaklah berhati-hati agar tidak tenggelam orang itu berkata hassan jika aku tenggelam aku sendiri yang menderita tuan jagalah diri tuan jika tuan jatuh semua pengikutmu akan tenggelam sama-sama

3. Suatu hari seorang budak kanak membawa lampu yang bernyala saya tanya dia dari manakah dia membawa api itu kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata beritahu padaku ke manakah perginya apa yang bernyala pada lampu itu.

4. Satu hari seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya tanpa tudung kepalanya sambil merungut tentang suaminya saya suruh dia menutup kepala dan mukanya perempuan itu berkata cinta kepada suami telah menghilangkan fikiranku hingga aku tidak sedarkan diriku dan kelilingku jika tuan tidak memberitahuku yang kepala dan muka ku tidak bertutup maka tidaklah aku tahu aku akan berjalan seperti ini di jalan ini tetapi hairan juga aku hai hassan tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah dan tuan sedar kepada apa sahaja yang terlintas di hadapan tuan dan pancaindera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain-lain apakah cinta Allah yang berada pada tuan itu

Pendapat Hassan

1.Kambing itu lebih sedar diri dari manusia kerana menurut kata gembalanya tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis

2. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah

3. Mengumpulkan harta benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah dilarang oleh al-kitab

4. Siapa yang memecilkan dirinya akan selamat siapa yang memisahkan daripada dirinya dan nafsunya akan merasai kebebasan

5. Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ ia meminta bangunan di situ ia membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak

6. Siapa yang kenal Allah menganggap bahawa dunia ini sebagai musuhnya dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah

7. Orang  yang membuang amalan rohaniah dan menggantikannya di tempatnya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegakkan cara-caranya yang jahat itu adalah orang yang rosak.

8 Barang siapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina
 

9. Allah Berfirman Aku akan ampunkan bagi kamu akan segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali aku an ditanya bagaimanakah kamu beliau menjawab saya adalah ibarat orang di tengah yang kehilangan perahu dan terapung apung dalam air.

 

Pautan Kisah Lain

Zunnun Al Misri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/zun-nun-al-misri

Bisyur Al Hafi - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-bisyir-al-hafi

Ibrahim Adham - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-ibrahim-adham

Fudhail Iyadh- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-wali-fudhail-bin-iyadh

Rabiatul Adawiyah- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/rabiatul-adawiyah

Muhammad Ibnu Wasi'- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/muhammad-ibnu-wasi-

Malik bin DInar - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/malik-bin-dinar

Hasan Al Basri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/hasan-al-basri

Abu Jakfar As Sidik- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/abu-jakfar-as-sodik

 

 

 

 

KISAH HASAN AL BASRI

Artikel Berkaitan
Appsheet A
date_range 01-08-2026 timer 8 min Read

Appsheet Amalan Baik

Buku Sifu
date_range 01-08-2026 timer 5 min Read

Buku Sifu : Rahsia Disebalik Cap Jari

Cara Downl
date_range 06-09-2026 timer 5 min Read

Cara Download Data Idme

Dapatkan artikel terkini dan tawaran ebook eksklusif dengan menyertai komuniti Sifu Motivasi