Kisah enam puluh dua wali.
Halaman 9. Abu Muhammad Imam Jaafar As-Siddiq.
aSatu hari. Jaafar telah dipanggil oleh khalifah. Apabila tiba di tempat khalifah, beliau hendak diberi hadiah oleh khalifah itu dengan emas, tetapi beliau enggang menerimanya. Khalifah menyuruhnya meminta apa sahaja yang beliau suka. Jaafar berkata,"Jika tuan redha, kurniakan kepada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu dengan tuan lagi." ."Kerana itu mengganggu ibadatku." Khalifah bersetuju. Ada seorang hamba Allah yang telah berkata,
"Ada seorang hamba Allah telah berkata kepada Jaafar. Wahai Jaafar, tuan memakai pakaian yang mahal-mahal. Beliau menjawab, "Lihatlah pakaian dalamku orang itu pun meraba pakaian dalam beliau. Orang itu terperanjat apabila dirasainyapakaian itu sangat kasar, hingga kan tangannya tergaris oleh kasarnya pakaian itu. Orang itu bertanya, "Apakah maksud dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?" Jaafar menjawab,"Pakaian luar ini ialah untuk dunia, iaitu untuk menyembunyikan keabdianku dan mengelakkan dari dia ketahui orang ramai." .
Dan pakaian dalam itu ialah untuk keredhaan Tuhanku, iaitu yang menghormati kefakiran kita dan memuliakan penyerahan kita kepadanya. Seorang bertanya, "Siapakah yang lebih baik diantara kedua orang ini, orang kaya yang bersyukur kerahadat Allah kerana kurniaan Allah, kepadanya atau orang fakir yang redha? Jaafar menjawab, "Orang fakir yang redha itulah yang lebih baik, kerana orang kaya itu sentiasa ingatkan harta bendanya, tetapi fakir itu sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri memuji orang-orang yang bertawabat dan yang menyerah dirinya kepadanya dan menegaskan bahawa mereka lebih baik dari ahli-ahli ibadat.
Halaman 10
Kata-kata Jaafar.
1. Di hari pembicaraan kelak, anda bukan ditanya tentang harta benda atau pangkat atau nenek moyang dan pendapatan anda, tetapi ditanya tentang amalan kerohanian yang telah anda lalui dan ibadat anda yang anda lakukan.
2. Allah tidak akan dijumpai sehingga kita Betul-betul mahu bertemu dengannya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.
3. Adalah satu dosa jika putus asa dalam ibadat.
4. Orang yang bertobat setiap kali membuat dosa adalah orang yang dikasihi Allah.
5. Rahsia itu dibukakan kepada ku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.
6. Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya kehadrat Allah adalah orang yang menduduki syurga tetapi orang yang bergantung ke atas dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di neraka.
2. UWAIS AL QARNI
Seorang telah memberi kepada Qorni beberapa kepeng uang. Beliau enggan menerimanya dan berkata bahwa beliau hanya ada dua dirham sahaja dan itu pun sudah cukup. Orang itu berkata, "Berapa lama uang sebanyak itu akan mencukupi?" Beliau menjawab, "Bukankah engkau tahu bahawa hidupku ini tidak tentu? Tidak tentu bila nyawa bercerai dengan badan dan perlu pulakah aku menerima hadiahku? Orang itu pun diam."
Qorni biasanya mengelakkan, dirinya, dari bertemu dengan manusia, kerana ia memandang hari kiamat itu sangat hampir dan ia tidak sanggup membuang masa dengan bergurau, bahkan lebih baik menghabiskan masa dengan sembahyang
Qorni mengatakan
1. Orang yang mengenal Allah sebagai sahabat tidak akan bersahabat dengan makhluk
2. Tidurlah dengan mati di sampinmu iaitu sentiasa anggap mati itu sangat hampir dan bila bangun dari tidur, janganlah sangka kamu akan hidup lama lagi
3.anggaplah Quran itu seperti khair dir pemimpinmu dalam perjalanan dan jangan lupa mati sentiasalah sembahyang
4.ingatlah malam itu untuk ibadat, bukan untuk tidur
5.rendahlah benar-benar khusyuk dalam sembahyang hinggakan tapak kala kamu rukuk dan tombak dilontar kepadamu kamu tidak akan merasa sakitnya
6.siapa yang berpakaian indah, makan lazat-lazat dan mempunyai kawan-kawan yang kaya maka ia lebih hampir ke neraka daripada ulat kelihirnya sendiri.
Seorang telah bertanya kepada beliau, "Siapakah kamu?" Qorni menjawab, "Apakah kamu anggap seorang yang tidak mahu tahu adakah ia akan hidup sehingga petang. Tatkala ia bangun tidur di pagi hari."
Satu ketika, Qorni telah diberitahu bahawa seorang darwish iaitu seorang fakir yang memakai tudung sedang duduk di kubur sambil menangis sepanjang masa
Apabila si Darwish itu mendengar kata-kata beliau, dia pun bertafakur. dan kemudian menjerit lalu meninggal dunia, 'Athar mengulas Itu benda-benda ini pun menjadi hijab tabir di masa lampau bagaimana pula kah, baik kedudukannya dunia ini?
Pautan Kisah Lain
Zunnun Al Misri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/zun-nun-al-misri
Bisyur Al Hafi - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-bisyir-al-hafi
Ibrahim Adham - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-ibrahim-adham
Fudhail Iyadh- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/kisah-wali-fudhail-bin-iyadh
Rabiatul Adawiyah- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/rabiatul-adawiyah
Muhammad Ibnu Wasi'- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/muhammad-ibnu-wasi-
Malik bin DInar - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/malik-bin-dinar
Hasan Al Basri - https://sifumotivasi.com/my/blog/b/hasan-al-basri
Abu Jakfar As Sidik- https://sifumotivasi.com/my/blog/b/abu-jakfar-as-sodik
Dapatkan artikel terkini dan tawaran ebook eksklusif dengan menyertai komuniti Sifu Motivasi